Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Pedagang NFT Kian Bertambah

Pedagang NFT Kian Bertambah WikiBit 2021-09-01 09:57

OpenSea yang m erupakan platform pertukaran NFT catat kejayaan dengan lonjakan ‘volume’ berturut-turut dari bulan ke bulan. Berbanding dengan bulan Julai yang lalu, bulan Ogos ini menunjukkan peningkatan jumlah transaksi sebanyak 9.3 kali ganda, menjumlah lebih dari $3 bilion jumlah nilai transaksi.

Peningkatan jumlah transaksi ini bukan sahaja berlaku dalam kiraan bulan namun jumlah transaksi harian juga meningkat dengan catat jumlah nilai harian lebih dari $320 juta. Berdasarkan data, Dune Analystics, OpenSea turut mengalami kenaikan yuran bulanan hingga lebih dari $215 juta, bersama dengan penjualan NFT yang luar biasa sehingga lebih dari 1 juta dalam sebulan.

Selain itu pada akhir bulan Ogos, jumlah pedagang aktif di platform perdagangan dan pertukaran NFT telah meningkat kepada 205,745. Jumlah dagangan harian OpenSea melepasi $ 200 Juta pada 24 Ogos, berdasarkan laporan Dune Analytics. Jumlah dagangan satu hari yang memecahkan rekod OpenSea dengan kenaikan berturut-turut bermula pada 21 Ogos dengan $ 125 Juta.

“Sejak 21 Ogos, jumlah dagangan satu hari telah melebihi 100 juta US dolar selama empat hari berturut-turut. Di samping itu, jumlah pengguna berdaftar yang telah berdagang sekurang-kurangnya sekali di OpenSea melebihi 278,000. ”,kata wartawan China, Colin Wu.

OpenSea telah menikmati kenaikan jumlah bulanan sejak April 2021. Pada bulan Julai, OpenSea menyaksikan nilai dagang luar biasa pada $ 325.9 juta. Tambahan pula, pada bulan Julai OpenSea menyaksikan nilai pasaran lebih 90%, secara tidak langsung menjadikannya carta pertama dalam pasaran NFT.

Peningkatan ini didorong oleh perhatian besar komuniti kripto dan industri terhadap bidang NFT. Kebanyakkan industri mula mengambil bahagian dalam NFT, bermula dari jenama komersial seperti Coca-Cola sehinggalah kepada industri perfileman seperti Marvels Entertainment.

Maka tidak hairan pengarah Hermitage, Mikhail Borisovich Piotrovsky mengatakan bahawa teknologi baru khususnya blockchain telah membuka bab baru dalam pengembangan pasaran seni yang mementingkan pemilikan dan jaminan pemilikan. Market Cap NFT kini bernilai $34 bilion semasa penulisan.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00