Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Berjaga-Jaga! Kemanakah Hala Tuju BTC?

Berjaga-Jaga! Kemanakah Hala Tuju BTC? WikiBit 2021-08-30 19:12

Selepas catat lonjakan harga ke paras lebih dari $50,000, harga BTC mula menunjukkan penurunan hari demi hari. Pada hari ini sahaja, harga BTC telah catat kejatuhan dibawah $47,000 dan sebahagian besar kripto lain juga mengikuti trend penurunan yang sama.

Dalam masa 3 hari harga Bitcoin telah kehilangan sebanyak $3,000. Pada 23 Ogos yang lepas, harga BTC telah menembusi di atas paras $50,000 untuk pertama kalinya sejak kejatuhan harga yang besar pada pertengahan bulan Mei. Harga BTC telah mencecah setinggi $50,550 di bursa pertukaran kripto Bitstam. Walaubagaimanapun, BTC gagal untuk mempertahankan paras harga $50,000 seperti yang diinginkan pasaran.

Susulan dari itu, pembetulan harga mula berlaku sehingga BTC kehilangan $2,000 dan kemudian melonjak semula ke paras $49,000 sebelum meorosot ke paras harga di bawah $47,000.

Dalam masa yang sama, harus dimaklumi bahawa walaupun terdapat pemulihan dalam kripto namun BTC masih lagi berusaha untuk capai paras harga $47,000 dengan modal pasaran BTC telah kehilangan sebanyak $900 bilion.

Sebilangan besar aset kripto mengalami nasib yang sama sejak beberapa hari terakhir ini. Ethereum yang mencapai tahap tertinggi dalam beberapa bulan pada paras harga $3,360 pada hari isnin telah kehilangan lebih dari $200.

Jumlah nilai pasaran kumulatif bagi semua aset kripto telah turun sebanyak $160 bilion dalam dua hari ini menjadikan jumlah nilai pasaran $2.01 trillion.

Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada paras harga $46,500 yang menjadi paras sokongan BTC. Jika paras sokongan tersebut tidak dapat bertahan maka terdapat kemungkinan harga BTC akan jatuh kepada $44,000.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00