Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Pelukis Malaysia Jual Karya NFT

Pelukis Malaysia Jual Karya NFT WikiBit 2021-08-23 16:43

Tidak ramai seniman Malaysia, pelukis terutamanya yang berminat dengan sektor non-fungible token (NFT). Tetapi tidak bagi seniman tempatan ini yang pandai mengambil peluang memasarkan karyanya sebagai NFT di pasaran kripto.

Katun

  • Seniman graffiti dan peserta pertama yang menjual dua koleksi NFT-nya di platform Superfarm dan berjaya mengumpul lebih RM1.7 juta dalam tempoh 24 jam.

  • Dua koleksi tersebut mula dilelongkan pada 18 Ogos, jam 2 pagi waktu tempatan.

  • Koleksi pertama dikenali sebagai ‘Apes Stand Strong’ didagangkan sebanyak 50 unit terhad dan telah terjual dalam hanya 30 minit sahaja.

  • Setiap unit didagangkan pada 1 ETH. Ini menjadikan 50 unit yang terjual mencecah nilai RM689,245.50!

  • Koleksi kedua, ‘Mystical Fruits’ didagangkan pada tanda harga 0.1 ETH.

  • Dalam 24 jam, Katun berjaya menjual sebanyak 776 unit, menjadikan keuntungannya mencecah 77.6 ETH (RM1,069,709.02).

  • Koleksi ini sudah kelihatan dijual semula di platform OpenSea dan tanda harga tertinggi yang dicatatkan ialah 100 ETH!

Gabungan kedua-dua keuntungan tersebut bernilai RM1,758,954.52, menjadikan Katun sebagai seniman tempatan yang pertama menjual karya NFT pada harga termahal setakat ini.

Menariknya, jika pemilik koleksi ‘Apes Stand Strong’ menyimpan seni tersebut dalam tempoh dua bulan, mereka akan menerima hasil seni dalam bentuk fizikal yang dicetak secara Glclee printing. Manakala seorang pemilik bertuah akan menerima versi ‘Inferno’ pada 18 Oktober 2021 pada jam 2 pagi waktu tempatan.

Begitu juga bagi pemilik ‘Mystical Fruits’, mereka yang bertuah berpeluang untuk menyaksikan 20% daripada seni NFT tersebut berubah kepada edisi khas, dikenali sebagai ‘Garden of Bloom’ pada 18 Oktober.

Selain Katun, Red Hong Yi juga menggunakan peluang ini, menjadikan karyanya sebagai NFT.

  • Seniman tempatan ini telah menjual NFT-nya, ‘Doge to The Moon’ dengan nilai 36.3 ETH pada bulan lepas.

  • Ini menjadikan karya tersebut kini mencecah RM500,392.23.

  • Sebahagian keuntungan yang diterima telah disalurkan kepada dana bantuan pandemik COVID-19, Mercy Malaysia.

  • NFT tersebut merupakan sebahagian daripada siri ‘Memebank’, di mana melibatkan spoofing dan redesign matawang daripada pelbagai negara: yuan China, dolar AS, pound Britain, ringgit Malaysia, dan yen Jepun.

  • ‘Doge to The Moon’ ia diinspirasikan oleh yuan China sebagai tanda hormat terhadap negara itu sebagai pelopor sektor kripto dan penggunaan matawang kertas buat kali pertama ketika Dinasti Song.

  • Pemenang bida yang berjaya mendapatkan karya NFT tersebut turut akan menerima versi copper plate bersaiz 157.5 cm x 75 cm dan silkscreen.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00