Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Permainan ‘Geng Paus’ Microstrategy Tambah Lagi Lebih 5000 BTC!

Permainan ‘Geng Paus’ Microstrategy Tambah Lagi Lebih 5000 BTC! WikiBit 2021-09-14 15:57

Sebentar tadi Ketua Pegawai Eksekutif Microstrategy Michale Saylor mengmumkan bahawa syarikat beliau mengambil keputusan untuk menambahkan lagi pegangan Bitcoin (BTC). Terkini sebanyak 5,050 bitcoin telah berjaya ditambah dan menelan perbelanjaan kira-kira $242.9 juta.

Microstrategy membeli BTC pada harga purata $48,099 setiap Bitcoin. Dalam cicipan Saylor di Twitter beliau, “sehingga 12/9/2021, Microstrategy telah memegang sebanyak 114,042 BTC yang secara purata dibeli pada harga $ 27,713 setiap Bitcoin.”

Dengan pembelian ini, Saylor telah mengotakan janji beliau yang diumumkan semasa laporan pendapatan pada suku kedua untuk membeli lebih banyak bitcoin. Pada suku ketiga 2020, Microstrategy secara rumusnya telah membeli sejumlah 8,957 Bitcoin yang dianggarkan berjumlah $ 419.9 juta. Manakala harga purata bagi setiap Bitcoin ialah $ 46,875.

Sehingga kini, syarikat itu memegang kira-kira 114,042 Bitcoin, yang diperoleh pada harga pembelian agregat sebanyak $ 3.16 bilion dan harga purata bagi setiap Bitcoin sebanyak $ 27,713 setiap Bitcoin, termasuk yuran dan perbelanjaan. Syarikat itu memiliki paling banyak Bitcoin berbanding mana-mana syarikat awam lain di dunia.

Pembelian ini dilakukan selepas penjualan stok saham mereka. Pada suku ketiga, Microstrategy telah menjual 555,179 unit saham yang bernilai kira-kira $ 399.9 juta secara keseluruhan.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00