Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Senyap-Senyap Harmony (ONE) Meroket Lebih 100%

Senyap-Senyap Harmony (ONE) Meroket Lebih 100% WikiBit 2021-09-13 18:33

Harmony (ONE) mencatatkan pergerakan harga yang luar biasa selepas mengumumkan projek terbaru, melibatkan dana ekosistem bernilai lebih $300 juta.

Dilaporkan projek tersebut adalah bertujuan untuk menarik 10,000 pembangun dan pengasas projek, termasuk 10 juta pengguna untuk bertapak di rangkaian Harmony dengan anggaran dana $380 juta.

Susulan daripada itu, ONE menyaksikan lonjakan 120% daripada paras terendah $0.095 pada 31 Ogos kepada paras tertinggi harian, $0.21 pada 9 September. Pada masa yang sama jumlah dagangan ONE turut meningkat kepada $717 juta dalam 24 jam.

Harmony mengklasifikasikan beberapa projek, melibatkan:

  • DAOs

  • Ganjaran untuk tangani pepijat dan menambahbaik keperluan

  • Jalinan kerjasama sekurang-kurangnya 10 projek

  • Pelancaran

  • Pelaburan

  • Hackathons,dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara Harmony dengan Anyswap melalui pengumuman pada 8 September turut mendorong pergerakan harga ONE yang positif.

Kerjasama tersebut melahirkan ‘jambatan’ antara rangkaian Bitcoin dan Harmony. Selain Bitcoin, Harmony juga telah menjalinkan kerjasama dengan Ethereum, Binance Smart Chain, Terra, dan Chainlink.

Malah lambakan projek DeFi semakin galak berkembang di Harmony, misalnya SushiSwap yang rasmi berjalan di rangkaian itu pada April.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00