Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Ukraine Hanya Tinggal Selangkah Jadikan Kripto ‘Sah’ Di Sisi Undang-Undang

Ukraine Hanya Tinggal Selangkah Jadikan Kripto ‘Sah’ Di Sisi Undang-Undang WikiBit 2021-09-10 14:13

Laporan terkini melaporkan bahawa draf undang-undang untuk membenarkan penerapan kripto secara rasmi telah melepasi bacaan kedua di parlimen Ukraine pada 8 September. Sehingga ke hari ini, aset kripto belum memiliki apa-apa klasifikasi undang-undang sama ada ia sah atau dilarang.

Berdasarkan laporan Kyiv Post, 276 penggubal undang-undang Ukraine memilih untuk mengundi rang undang-undang aset digital bawah klausa 3637. Hal ini dapat membolehkan penerimaan kripto yang lebih meluas dan penggubalan peraturan kripto.

Presiden Volodymyr Zelensky mengesahkan hal ini dan mengulas bahawa undang-undang baru akan menawarkan perlindungan kepada pelabur aset kripto dan bursa kripto.

Menurut Kementerian Transformasi Digital, Ukraine berhasrat membuka pasaran kripto untuk perniagaan dan pelabur pada tahun 2022. Namun untuk merealisasikan hal tersebut, parlimen mesti meluluskan usulan.

Setakat ini, kripto tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi untuk pembelian mahupun penjualan barangan. Namun para pelabur boleh melakukan jual beli di bursa kripto dalam negara. Undang-undang baru akan membenarkan perniagaan berkaitan kripto dan blockchain beroperasi secara sah di Ukraine, yang merancang untuk menarik pelaburan ke dalam negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut merancang untuk mewujudkan badan pengawalseliaan lain yang akan mengeluarkan permit untuk syarikat kripto. Menurut Mykhailo Fedorov, Menteri Transformasi Digital Ukraine, perdagangan kripto sangat popular dalam kalangan orang Ukraine, dengan jumlah harian sekitar $ 37,000.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00