Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan?

Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan? WikiBit 2021-09-09 14:35

Pengasas Cardano Buka Mulut! El-Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang secara formal mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah, yang pada dasarnya adalah tidak sah sebarang penggunaan BTC sebagai medium transaksi. Bercakap mengenai perkara itu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat, Charles Hoskinson yang merupakan pengasas Cardano telah tampil memberi sedikiti pandangan.

Secara umumnya beliau berpendapat bahawa El-Salvador telah mengambil langkah yang berani dan memecahkan tradisi. Hal ini dijangka akan mendorong lebih banyak negara untuk mengikuti jejak langkah ini.

Dalam video beliau baru-baru ini, Charles Hoskinson, pengasas Cardano, mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat El-Savador atas penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya komuniti kripto hanyalah satu komuniti kecil dan tidak banyak pihak memandang serius potensi kripto. Waktu demi waktu, lebih ramai yang mula cakna dan mengakui potensi blockchain.

Justeru apa yang dilakukan El-Salvador adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini hanyalah permulaan. Lanjut beliau, komuniti kripto akan melihat lebih banyak pencapaian baru akan terhasil pada masa akan dtang.

Pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak negara-negara akan memasukkan kripto sebahagian daripada mekanisme dasar monetari iaitu dengan bank pusat mula mengaplikasnya dalam ekonomi atau mengikut jejak langkah El-Salvador.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00