Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Uniswap Disiasat Oleh SEC

Uniswap Disiasat Oleh SEC WikiBit 2021-09-06 12:47

Baru-baru ini, komuniti kripto disajikan dengan perkembangan terbaru kes saman Securities Exchange and Commission (SEC) terhadap Ripple dengan pihak pembelaan Ripple menuntut SEC menyediakan dokumentasi berkaitan keputusan pra-perdagangan terhadap XRP, Bitcoin (BTC), dan Ethereum (ETH).

Ripple bukanlah satu-satunya yang menjadi buruan pihak SEC. Terkini turut terpalit ialah Uniswap Labs, syarikat yang menjadi tulang belakang Uniswap Decentralized Exchange (DEX) yang popular tersebut. Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, maklumat dalaman mendapati bahawa SEC sedang meneliti sejarah pengguna dan bagaimana platform tersebut digunakan oleh para pelabur.

Siasatan ini baru berada pada peringkat awal, justeru ia tidak semestinya berakhir dengan tuduhan serius jika terbabit dalam kesalahan. Walau bagaimanapun, siasatan yang dilaporkan berlaku hanya beberapa hari setelah SEC menandatangani perjanjian kerjasama dengan firma analitik blockchain bagi membantu siasatan ekosistem Defi. Pengerusi SEC Gary Gensler memberi penekanan bahawa pasaran Defi harus dikawalselia dalam wawancara sebelumnya.

Uniswap adalah protokol DEX terkemuka yang menyumbang lebih dari satu bilion dolar dalam jumlah dagangan harian, dan ini telah menarik perhatian SEC.

Sebagaiamana dapat diperhatikan, pentadbiran A.S pada ketika ini semakin komited untuk mengawalselia kripto. Antrara buktinya ialah, pindaan pada bahagian cukai kripto dalam rang undang-undang infrastruktur.

Uniswap telah memberi respon dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi komitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengatur industri kripto dan memberikan informasi kepada pengawal selia.

Siasatan kini berada peringkat awal namun SEC telah menujukkan niat jelas untuk memantau pasaran Defi.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00