Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi

Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi WikiBit 2021-08-20 15:41

Sektor kewangan desentralisasi (DeFi) nampaknya tidak terlepas dari pengawasan pihak penyelia apabila pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler menggesa kesemua projek untuk berdaftar dengan SEC.

Gensler merujuk kenyataan tersebut kepada sistem DeFi yang mana memudahkan perdagangan token di Ethereum dan blockchain kontrak pintar yang lain.

Jelasnya, jika pendaftaran tidak dilakukan maka tidak mustahil seluruh ekosistem DeFi akan dikenakan tindakan undang-undang sekuriti.

Gensler juga tidak teragak-agak mendakwa kebanyakan platform DeFi yang dibangunkan dikawal oleh pasukan berpusat dengan tawaran insentif:

“Dari satu aspek, mungkin kesemua platform DeFi memudahkan sesuatu yang tidak berpusat (desentralisasi) tetapi pada aspek yang lain juga mereka sangat berpusat.”

Pegawai SEC, Hester Peirce – individu yang sinonim dengan gelaran ‘Crypto Mom’ turut menyuarakan isu yang sama pada minggu lepas.

Menurutnya, ada ‘bayangan berpusat’ dalam sektor DeFi dan memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam projek DeFi untuk berhati-hati: “Jika anda ingin menjadi desentralisasi, maka anda perlu betul-betul desentralisasi yang mana meletakkan anda dalam kategori lain, jauh daripada perspektif pihak penyelia kerana itu bukan di bawah bidang kuasa kami.”

Sementara itu, pada awal Ogos, Gensler didapati telah mengenalpasti tujuh perubahan terhadap polisi berkaitan kripto dan ia masih di dalam penelitian SEC.

Antara fokus yang terlibat termasuklah penawaran token, DeFi, stablecoins, dana dagangan bursa (ETF) berkaitan kripto, dan hak perlindungan.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00