Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Axie Infinity (AXS), Permainan Maya Yang Tawarkan Kripto Sebagai Ganjaran!

Axie Infinity (AXS), Permainan Maya Yang Tawarkan Kripto Sebagai Ganjaran! WikiBit 2021-08-02 14:54

Menjadikan e-sports sebagai satu kerjaya bukan perkara asing bagi generasi Gen Z. Tapi, menjadikan e-sport yang mampu menawarkan peluang pelaburan kripto sebagai kerjaya mungkin belum diterima secara luas. Itu apa yang Axie Infinity cuba ketengahkan, bersesuaianlah pada era modenisasi kini.

Axie Infinity merupakan permainan kripto yang menawarkan penggunanya untuk berinteraksi di ekosistem maya, Axie Infinity melalui karakter yang dikenali sebagai Axie dan menjana dua jenis token, AXS, dan Small Love Potion (SLP) sebagai ganjaran.

Permainan ini boleh dikatakan menyerupai permainan maya seperti Digimon, Pokemon, dan The Sims. Cuma, ketiga-tiganya hanya terhad kepada pengumpulan skills atau wang maya (bits, poke, simoleon) yang hanya boleh digunakan di dalam permainan itu sahaja. Tetapi melalui Axie, anda boleh menjana kripto. Secara mudahnya, Axie ialah sejenis permainan play-to-earn

Terdapat tiga token yang anda perlu ketahui selain AXS dan SLP.

AXS: Merupakan governance token. Kebiasaannya ia digunakan untuk membuat pengundian atau keputusan arah tuju platform Axie Infinity. Ia dijana berdasarkan progress anda di dalam permainan.

SLP: Token yang berasaskan Ethereum (ERC-20), turut digunakan di Axie Infinity terutama untuk membiakkan Axies termasuk level-up karakter. SLP juga boleh dijual beli.

Non-fungible token (NFT): Semua Axies, tanah atau apa-apa yang bernilai di Axie Infinity seperti tanaman atau perhiasan boleh dibeli dan dijual sebagai NFT.

Jika berminat untuk mula bermain Axie Infinity, anda sekurang-kurangnya perlu ada 3 Axies. Setiap satu axie yang sudah dewasa didagangkan pada tanda harga bermula 0.1 ETH (~RM791) dan boleh pergi setinggi 0.2 ETH (~RM1582). Selain itu, sudah semestinya ada perlu ada AXS, yang mana boleh dibeli di Binance, Huobi atau Gate.io.

Apakah Axie Infinity Satu Pelaburan Yang Baik?

Setakat ini, Axie Infinity memiliki perkembangan protokol yang baik, konsisten, dan jelas. Ia disokong oleh jutawan Mark Cuban dan BlockTower Capital yang mana Axie Infinity berjaya mengumpulkan dana berjumlah $7.5 juta.

Pada Jun 2021, fasa 2 integrasi AXS dengan pertukaran desentralisasi (DEX) berasaskan Ethereum, Ronin sepenuhnya beroperasi. Lebih $100 juta telah dimasukkan ke dalam Ronin untuk Axie Infinity menjelang akhir Jun.

Malah, Axie Infinity turut berintegrasi dengan Chainlink Oracle pada November 2020, yang mana Chainlink Verifiable Randomness Function (VRF) boleh digunakan di platform Axie.

Tidak lama lagi, permainan ini bakal tersedia di iOS dan Android. Buat masa sekarang, di iOS permainan ini masih dalam tempoh percubaan.

Walaupun permainan ini telah diangkat sebagai satu alternatif pendapatan sampingan, ia masih ada risikonya. Sebelum membuat pelaburan Axie Infinity, pastikan anda faham bagaimana ia berfungsi dan mungkin reaksi koin ketika pasaran tidak menentu.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00