Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Banco Azteca Bank Pertama Rancang Iktiraf BTC

Banco Azteca Bank Pertama Rancang Iktiraf BTC WikiBit 2021-06-29 15:38

Salah seorang terkaya di Mexico, Ricardo Salinas Pliego pada hari ini secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Bitcoin dan kripto dengan menyatakan bahawa beliau sedang merancang untuk membenarkan bank beliau menggunakan BTC.

Menurut kenyataan Salinas dalam sebuah temu bual, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan bitcoin. Saya dan bank kepunyaan saya tengah berusaha untuk merealisasikan sebuah impian untuk menjadikan bank pertama di Mexico yang menerima Bitcoin.

Pemilik Banco Azteca dan orang terkaya ketiga di Meksiko ini melontarkan pernyataan tersebut melalui akaun Twitter @RicardoBSalinas.

Ahli perniagaan, pengasas, dan pengurus Grupo Salinas dari Mexico, telah menunjukkan sokongan untuk kripto selama bertahun-tahun. Pembelian pertamanya berharga $8.000, dan baru-baru ini, beliau menggesa setiap pelabur untuk mempertimbangkan membeli sekurang-kurangnya sebahagian kecil BTC untuk portfolio masing-masing.

Dalam wawancara, Beliau juga menegaskan bahawa kehadiran beliau kembali di dunia kripto secara terbuka. Secara peribadi, Salinas Pliego menyatakan wang fiat adalah sebuah ‘penipuan’ dengan membawa contoh bahawa matawang Venezuela, Argentina, dan Zimbabwe, telah kehilangan lebih banyak nilainya berbanding dolar.

Kenyataan ini Salinas telah mendapat perhatian Micheal Saylor. Saylor secara peribadi telah mengkongsikan video pandangan Salinas mengenai pelaburan BTC.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00